Assalamualaikum :D
fehhh banyak benda nak cerita ni sebenarnya . wehwhwh.
ni pun baru balik dari interview.
serius ni first time kena interview.
& i dont know why, rasa excited . ahahahah -,-' apa laa aku ni

okay okay jap lagi cerita pasal ni . nak cerita pasal semalam dulu :D

JENG JENG. eh ter on capslock .
semalam pergi pwtc . ce teka aku pergi dengan siapa ?
dengan Diyll Dylla. siapa bebudak team hijrah yang ada twitter kenal la siapa dia .
Alhamdulillah . dapat jugak jumpa diaaa .
sicomel yang kurus + pendek wahahha :p


 tengok dila punya perangai . apa update tweet macam ni . arrgghhh ahahaha.
ada amalina sekali dengan adik adik dia . kitaorg pergi pwtc yang pesta buku tu .
pergi dengan tkde duit memang rasa yaAllah geramnyaa . nak beli kitabbb.
dila beli banyak buku. jeles -,-'

time asar duduk surau . after habis solat dila cerita pasal kisah penghijrahan dia.
dia nangisss . ha kau! aku pon nangis . sebaik aku pakai niqab. dapat cover muka comel aku ni yang dah merah merah ahahahah.

serius, rasa tenang berada di samping orang yang sentiasa berpesan pesan kebaikan dengan kita.
ukhuwwah, kalau kerana Allah.bahagia dia Allah je tahu. indahhh :')


sebab rasa rindu sangat dekat dila tk jadi la cerita pasal interview tadi .
tapi interview tadi serius best . hikhikhik .
Alhamdulillah interview dengan memakai niqab
oh ya . sebenarny aku duduk bangi tak pon bukak niqab . bukak dalam rumah je .
tapi dalam rumah makcik aku ni ada anak lelaki dia .
so aku just tutp aurat je tapi tk pakai pon niqab :)

tu jela untuk harini .
jap, nak tunjuk pic semalam :p


wassalam wbt