IBNU BATOOTA
~Pemikiran Melayu episod 2~

Kepada yang dah baca siri status saya yang lepas (Pemikiran Melayu),tahniah saya ucapkan jika anda tersedar dan bertindak mahu maju demi agama kita...

Kepada yang masih belum sedar,mari kita ikuti siri seterusnya pemikiran kolot Melayu untuk kita UBAH bukan untuk kita KUTUK semata-mata...

Kali ni saya buat topik khusus tentang "sekolah"...

Malaysia dulu dinamakan sebagai "Tanah Melayu" kerana majoriti rakyat merangkap tuan tanah adalah kaum Melayu yang semuanya beragama Islam..Islam dan Melayu memang tidak dapat dipisahkan sehingga kalau kita biasa baca kitab-kitab kuno jawi tulisan ulama Melayu,mereka menggelarkan muslim sebagai "umat Melayu" kerana yang dimaksudkan mereka adalah "umat Islam/Muslim".

Empayar kedaulatan Islam/Melayu ni sangat hebat meliputi kawasan Pattani,Tanah Melayu,Indonesia,Singapura,Borneo,Filipina dan banyak lagi.Satu masa dulu kaum ini dipandang sangat tinggi dan hidup kaya raya.

Kerana apa?

Kerana mereka MENGAMALKAN AGAMA DENGAN BAIK...

Maka Allah MULIAKAN MEREKA....

Rata-rata umat Melayu pada waktu tu adalah petani,bisnesman,tuan tanah,nelayan dan hampir majoriti umat Melayu pada waktu itu mempunyai tanah sendiri yang bukannya sedikit.Umat Melayu pada waktu itu bijak dan dihormati kerana KEISLAMAN mereka.Mereka laksanakan muamalat dengan jujur dan tanpa hasad dengki sesama mereka.

Selepas kedatangan British,mereka membuka bangunan-bangunan kerajaan yang menawarkan kerja bergaji "tinggi" (tak tinggi mana pun) dan hidup mewah dan terhormat sebagai kakitangan kerajaan.Syarat yang mereka letakkan ialah kena lulus dari sekolah-sekolah mereka,dapatkan sijil dari sekolah mereka dan mohon kerja di pejabat kerajaan.

Maka berpusu-pusulah umat Melayu hantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah untuk kejar jawatan kakitangan kerajaan.

British berjaya penuh menanamkan satu mind set dalam otak Melayu bahawa:

Masuk sekolah=hidup berjaya

Dalam masa yang sama,mereka wajibkan semua sekolah ajar "silibus" yang mereka tetapkan...

Sehinggakan bila saya tulis:

"saya tak mahu sekolahkan anak-anak saya,saya nak buat home schooling,saya sendiri nak ajar anak saya"

Maka ada beberapa orang Melayu yang masih mabuk dibuai mimpi British TERKEJUT dengan kenyataan saya!

"Apa?! Tak sekolah?!Gila ke?"

"Tuntut ilmu kan wajib..."

"Saya hantar anak ke sekolah sebab nak mereka dapat ilmu,bukan sebab nak kerja."

"Kalau tak masuk sekolah macam mana nak jadi educated?Nanti habislah bangsa kita buta huruf!"

Ya! Barat telah berjaya... 

Mereka berjaya menanamkan mind set bahawa sekolah itu WAJIB dan kalau orang tak sekolah maksudnya orang itu B.O.D.O.H dan tak ada masa depan...

Satu persoalan disini..

Yang wajib tu MENUNTUT ILMU ke MASUK SEKOLAH?

Bila saya cakap saya tak nak sekolahkan anak saya,bukan bermakna saya biar anak saya jadi bodoh!

Apa kalian tahu apa itu maksud "home schooling" ?

Saya sendiri sebagai guru kepada anak-anak saya di rumah dan saya akan pastikan tidak ada satu pun konspirasi mind control freemason masuk ke dalam otak anak-anak saya sepertimana mereka suntikkan ke dalam otak anak-anak orang lain di sekolah-sekolah tanpa mereka sedar...

Atau kalian anggap saya tak layak mengajar? Saya yang bodoh?

Ye saya memang bodoh,itu tidak dinafikan...tapi bodoh-bodoh saya pun, saya boleh lah ajar sikit-sikit anak-anak saya belajar membaca, menulis, mengira,ajar mereka bahasa Inggeris,bahasa Urdu,bahasa Arab,bahasa Farsi yang saya pernah belajar di luar negara..

Boleh juga saya ajar sikit-sikit ilmu Kimia, Biologi, Matematik, Fizik, astronomi..ye lah,dulu saya belajar di MRSM, jadi ada lah sikit-sikit ilmu tu semua...

Boleh juga saya nak ajarkan mereka sikit-sikit tentang pengurusan bisnes,ekonomi ,marketing , strategi bisnes, akaun, komputer,design yang saya pelajari sikit-sikit dari rakan-rakan dan kabel-kabel bisnes saya di seluruh dunia.

Kalau rasa ni semua ilmu duniaaa je, insya-allah saya boleh jugak ajar sikit-sikit ilmu Fiqh, hadis, tafsir, balaghah, ma'ani,mantik, bayan, usulul fiqh,usulul quran, usulul hadis,mustolahul hadis, ikhtilaf mazhab dan lain-lain yang saya pernah la belajar sikit-sikit pasal ilmu tu semua selama 5 tahun...

Jadi saya rasa anak-anak saya tak kan jadi bodoh kalau saya tak sekolahkan mereka sebab saya boleh ajar diorang sikit-sikit..sikit-sikit pun belajar lah jugak kan? Tak de lah jadi bodoh sangat kan?

Yang jadi guru di sekolah tu malaikat ke sampai kita kena hantar ke sekolah dulu baru dikira "menuntut ilmu" ?

Ya itu pilihan saya,dan saya tak menyusahkan orang lain,dan jangan risau lah, sebab kalau seorang je rakyat Malaysia (iaitu saya) tak hantar anak ke sekolah,bangsa tak akan jadi bodoh sebab masih ada baki lagi 24juta rakyat Malaysia yang akan hantar anak mereka ke sekolah.

So tak perlulah terlampau takut dengan "revolusi minda" yang saya luahkan di status ni...

Saya tak anti-sekolah, tapi saya terlampau takut nak hantar anak saya ke sekolah sebab bila saya tengok budak-budak sekolah zaman sekarang,diorang lebih tak bertamadun daripada orang zaman batu yang tak kenal sekolah..

Akhlak hancur,zina,couple,ada yang balik rumah buat giyomi,rakam masuk dalam youtube,ada yang buat video kapel seminggu lah,nak jadi gengster sekolah pun ramai,bergaduh sana sini,kalau kat utube tu,berlambak-lambak video betina-betina sekolah bergaduh sampai terselak kain..

Jadi kenapa mesti saya rosakkan anak-anak saya?

"Bukan semua jadi macam tu..sebahagian je..."

Ye betul..bukan semua jadi macam tu..tapi saya nak surat confirmation dari malaikat jibril dulu yang "sebahagian" tu bukan dari anak-anak saya,baru lah saya hantar anak saya ke sekolah...

Persoalan lagi, betul ke semua yang masuk sekolah dan universiti ni terjamin masa depan?

Yang tak sekolah pulak bodoh,sampah dan tak ada masa depan?

Ok,kita habiskan separuh umur kita di sekolah dan U,lepas tu kita dapat sekeping kertas (ijazah),pastu kita mintak kerja,nak satu jawatan. Jawatan tu cuma satu,yang apply pulak 10ribu orang...dan yang dapat jawatan tu selalunya orang yang ada cable dengan boss tu..(Belum lagi cakap pasal anak-anak orang kaya beli ijazah dan dapat kerja hebat-hebat melalui cable tanpa perlu mereka ke U pun)

Hahahah itu korang cakap terjamin masa depan?

Orait,Malaysia masih belum tenat..masih banyak peluang pekerjaan(walaupun dah ramai sangat siswazah sekarang menganggur lepak depan fb je tiap hari habiskan beras bumi)...

Tapi seperti yang dah saya cakap dulu,saya dah travel banyak negara dalam dunia. Pengalaman tu sangat mahal. Antara yang membuka mata saya ialah bila saya bertemu dengan sorang pembancuh simen di satu negara,bila saya sembang dengan dia,rupa-rupanya dia ada sijil master dalam bidang apa entah(tak silap saya engineering),tapi disebabkan negara dia tak ada peluang pekerjaan(sebab terlampau ramai siswazah),so dia terpaksa berhijrah ke negara lain bekerja sebagai buruh kasar untuk terus hidup.

Orang sebegini bukan saya jumpa seorang dua...tapi saya jumpa ramai! Terutamanya di negara miskin macam Indonesia,India dan Afrika.

Don't u think malaysia juga satu hari nanti akan jadi macam ni?

Masa tu sape jadi boss?

Geng-geng tak sekolah jugak yang jadi boss~hahahaha~

Note: Fakta yang tak dapat disangkal,kebanyakan ketua syarikat di seluruh dunia adalah dari kalangan orang yang tak habis sekolah.Tak percaya kaji lah



.....................................................................................................................................................

okay la. sebenarnya aku ni baru habis belaja . tak la baru. tahun lepas . diploma. dekat politeknik. buat pinjaman. diploma 3 tahun . buat pinjaman ptptn RM12500.. sepatutnya RM15000 tp aku mintak lambat. even dah bekerja gaji biasa je tetap tak bayar lagi hutang tu semua..pinjam senang. bayar susah. al maklumlah makan gaji. dapat la sebulan RM1000++++ (eh macam banyak pulop  wahhaha ) seriously bukan tak bersyukur tp duduk shah alam akhir bulan duit habis . tak sempat menyimpan.

aku inshaaAllah rancang kahwin 2 tahun lagi kalau Allah izinkan. tapi masalahnya sekarang aku rasa macam mana nak kahwin. hutang berderet. phewww . pastu kawan kawan semua pakat sambung belaja. aku pon nak ikut. sedangkan jauh sudut hati aku dah taknak belaja . bukan tknak carik ilmu. nak . tapi kalau ilmu yang aku belaja dekt diploma dulu nak bawak sambung ke degree ada yang aku belaja separuh jalan je huahua. apa lagi mesti kena pinjam ptptn. errr hutang lagi ? bila aku nak maju ?

mak aku selalu cakap, kalau aku belaja sape nak tolong dia . bukan kejap degree. pastu konon nak kahwin punya berangan nak kahwin masa belaja. apa nak suami ke tanggung duit kahwin ? malaysia. nak kahwin takde 10ribu tk boleh kahwin . haha maklumlah 'melayu'. susahkn hal yang mudah. aku ada cakap nak nikah je. pastu buat kenduri kesyukuran. sedara aku pon cakap mana boleh . sedara ramai nak ajak . kena buat besar besar. errr menangis.

aku mintak nasihat kawan aku, dia cakap tak semesti takde ijazah semua tk boleh berjaya. tolong dulu mak aku. aku bukan dari keluarga yang senang. okayy *aku taip macam hape entah*


sebenarnya dekat sini aku nak bagitahu aku lupakan niat untuk sambung degree SEBAB :

1) Aku tknak gandakan hutang aku. huahua. ingat lagi dorang post

Kenapa pinjam PTPTN? 
Sebab nak sambung belajar.
Kenapa nak sambung belajar? 
Sebab nak dapat kerja bagus bagus.
Kenapa nak dapat kerja bagus bagus? 
Sebab nak bayar PTPTN.

huahuahua . sape yang tak pinjam ptptn tu Alhamdulillah . bebas hutang .
macam aku hutang keliling pinggang hati pon tk tenang beb.

2)aku pakai niqab . boleh je bukak niqab masa pergi belaja . ya, sekali konon 3 tahun belaja terus taknak pakai sebab dah terbiasa. aku manusia. aku tahu siapa aku. memang la tk wajib pakai niqab . tapi beb kau try pakai sekali bagi yang perempuan. camne indahnya perasaan pakai niqab tu. okay tutup cerita pasal ni. bak kata orang ' orang yang pakai niqab je faham perasaan pakai niqab ni camne >.< 

3) kau pergi je memana ipta/ipts dekat malaysia ni. takkan kau lari dari nampak lelaki dengan perempuan berkawan rapat . bertepuk tampar rasa macam adik beradik betul. wahh nampk kasih syg tu walaupun bukan sama mak ayah tapi beb dosa laa ! hayooo . aku lupakan hajat aku smbg degree sebab ni >.<
takut terjebak. aku manusia biasa. :'(  aku tak kuat. yang kuat Alhamdulillah.

4) aku kesian dekat family aku. dorang sangat harap dekat aku. tkkan sebab nak dapat segulung ijazah yang tk jamin pon masa depan aku, aku sanggup susahkn mak ayah aku . memang la carik ilmu beb tp aku tahu ilmu tu luas. tk semesti nak ilmu kena masuk ipta/ipts

5) aku tknak bersaing dengan sesiapa macam diploma dulu. bersaing siapa dapat markah kiuz/ujian paling tinggi. sape dpt pointer gempak. sape yang habis belaja dulu . siapa yang dekan. ak tknak seksa hati aku. aku ni suka bersaing smpai kesian hati aku ni sakit . sorry hati :'( so aku nak jauhkan hal hal yang boleh merosakkan hati.

sorry kot penulisan aku banyak tk puas hati . peduli apa . lain orang lain pandangan huahuahua.

aku nak berjaya . nakk . tapi aku nak berjaya dunia akhirat. 
so aku kena ada perancangan.
& aku nak gaji bulan ni aku laburkan untuk berniaga. aku nak kerja dulu dekat butik area shah alam ni nak tengok cara owner butik tu conduct butik dorang sampai berjaya. kenalah carik pengalaman dulu. sambil tu nak belajar menjahit. 

& aku nak masa aku yang lain aku pergi majlis ilmu. dekat shah alam ni takyah tipu kata susah nak carik ilmu agama. melambak beb. tapi jangan salah guru . hati hati.

so bulan 10 ni inshaaAllah akan pergi seminar pasal jutawan abaya. nak berjaya kena usaha. mesti ada jalan keluar. jangan sangat fikir takde ijazah takkan dapat berjaya. tak dapat duit banyak, guna kereta besar. kahwin tak gempak nanti. eh hidup dunia sementara. sederhana sudah. okay. buat sesuatu dengan ikhlas.bahagia tanpa rasa nak jatuhkan orang. *ayat terbelit sampai aku pening.

okay. mak, maafkan ina sebab ritu beriya nak sambung degree sampai buat mak sedih :'(
ina janji walaupun ina tk sambung degree ina tetap akan cari ilmu. ina lupa ilmu Allah tu luas. ina lupa jaga perasaan mak konon alasan nak sambung belaja untuk carik ilmu sampai lukakan hati mak. ina janji ina akan carik ilmu agama untuk tolong mak dekat akhirat sana :'(



BANTU AKU YA RABB