Assalamualaikum.

akhirnya jari ni rajin juga menaip untuk harini .
ehehe nak cerita sikit .tk banyak pon . sikit je .

okay ritu kecoh orang tanya aku nak kahwin ke ? aku pon dok pelik ahahha .
memang la niat tu ada awak semua . tapi Allah masih rahsiakan lagi.
soooooo bila jodoh tu belum sampai, aku pon ambil peluang ni dengan membaiki diri . dengan berusaha lagi mendekati Allah . mencintai Allah . aku taknak la jadi cam orang yang nak suami yang kita cinta tapi taknak pulak usaha mencintai Allah terlebih dahulu .

lagipon wanita yang baik untuk lelaki yang baikkan ? inshaaAllah.

lagipon buat sekarang tknak la cerita pasal jodoh dulu.
diri ini terlalu banyak kekurangan untuk menjadi pendamping seseorang kelak.
aku tknak la nak berubah kononnya lepas kahwin .
nak harapkan suami aku bimbing akujadi solehah.
kesian la . mana nak kerja. mana nak bimbing kita yang teruk ni .
soooo kita yang belum kahwin ni berusaha la belajar agama .
nnti bila dah kahwin , takde la suami je nak dok bimbing isteri jadi solehah,
takde la manusia tu sempurna.
so bila kita ada agama asalnya yang inshaaAllah solehah ni boleh lah saling tegur menegur. nasihat menasihat. lengkap melengkapi bila dah nikah nanti. cewahhh ayat ! hihihih

& oh . bila berubah biarlah kerana Allah . berubah kerana cintakan Allah . inshaaAllah Allah bantu dengan menghadirkan orang orang sekeliling kita yang sentiasa mengingatkan kita padaNya. jangan la dok berubah konon nak dapat suamiyangsoleh. nampak tak best pulak camtu :(

lagipon kita menjadi solehah agar diri ini sentiasa dilindungi oleh fitnah dunia.
kita ni pon mati pon tak tahu bila . rahsia Allah kan . entah sempat kahwin ke tak . lupa ke yang kita semua akan menjadi jenazah . tak semua manusia yang hidup dapat kahwin . yang meninggal usia muda tu ?
tapi kalau boleh nak la ada suami . ada zuriat sendiri . inshaaAllah nak lahirkan generasi yang sentiasa menegakkan islam inshaaAllah.

panjang lagi aku nak bebel tapi takpe la .

"Ya Allah,semoga Kau memberikan aku kekuatan untuk membawa orang orang yang ku sayang ke jalanMu"

Alhamdulillah harini aku dikelilingi sahabat sahabat yang sentiasa mengajakku kejalan Nya.


Allahu Allah. indahnya berkasih sayang kerana Allah :')
dila,huda. nurul, umie,amal & yang lain. ILOVEYOUUU .

*ni la aku.tadi cerita pasal kahwin . tetiba cerita pasal sahabat ahahhaha :p

#oh ya nak pesan, pada yang masih couple,ingatlah . jauhkan ia. itu salah satu pintu mendekatkan kita pada maksiat. saya ingatkan sebab saya taknak awak ke neraka :( sebab saya pernah jahil,benda tu tak membawa erti. &pada yang dah bertunang, tu bukan tiket awak nak bermesra mesra dengan si tunang awak :) tak kisah la mak ayah sporting ke apa . awak kalau da matang takkan masih nak bergantng dekat mak ayah nak bagitahu mana satu perkara yang mendapat pahala atau dosa.

maaf kalau kasar . hanya berpesan . wassalam wbt