Bismillahirrahmanirrahim .

berbulan aku tak jenguk blog ni . mungkin takde apa yang untuk dikongsikan before ni . mungkin :')

aku sayu . em taknak cerita dekt sini sebenarnya . tknak . tapi cuma meluahkan . bila aku dah kuat, mungkin ada yang rindu. mungkin bila mereka jumpa blog aku, mereka dapat lepaskan rindu di sini :')


inshaaAllah. tu je mampu . *senyumm*

memang tengok gambar ni aku senyum sendiri . 22 dah aku . aku masih sendri . sendiri mengejar cinta Illahi ;')

perbualan 
huda : sebenarnya huda nak carikkan calon kat ina . dah ada. jemaah suami huda.
me : ina bukan perempuan yang baik.
huda : sesiapan pun akan cakap camtu. camtu huda pun masih belum sempurnalah buat suami huda ? sbb huda pon bukan perempuan yang baik. ina, sesiapa pon akan rasa diri tak sempurna. memang fikrah kita begitu. sentiasa tidak cukup. huda pon begitu. tapi kita kena tahu. ada dalam diri kita yang lain takde. semua yang di cipta olehNya sempurna belaka. kita yang mencorak diri kita. belajar bersyukur. sebab kita diberi kesempatan untuk dapat hidayahNya lebih awal yang lain. slow2 kita ubah.kita tahukan niat kita.
me : bukan camtu huda. huda pon tahu ina tunggu siapa.
huda: huda tahu. tapi tak salah  pun ina cuba buka hati untuk yang lain. mcm mana kalau yang ditunggu tu bukan jodoh ina ? ina percayakan, kalau betul hairil jodh ina. sejauh mana pon berapa banyak halangan pun.tetap akan bersama. tapi kita jangan terlalu mengharap, menggenggam benda yang tak pasti lagi syg. ina kena bagi ruang dekt diri ina untuk melangkah setapak ke hadapan. ina tak boleh tutup hati ina untuk benda tak pasti. takpe kalau ina nak tunggu. tapi huda tahu ina pun sedihkan. jangan paksa diri.

*entah .kenapa ia diceritakan di sini :) mungkin suatu hari andai umur panjang dan sudah berkahwin, aku pasti akan senyum baca balik nasihat huda ;')

Allahu Allah . bilamana aku di pinang lelaki lain dan huda pon cuba mencari calon suami untuk aku . aku tertunduk malu . demi Allah aku malu . andai mereka tahu disebalik diri aku. akulah insan yang paling hina yang memang tak patut terima bahagia :'(

Ya Allah, aku mengaku aku tunggu dia . Engkau pon tahu Ya Allah, tak pernah lekang dari bibir ku berdoa dia itu jodohku hingga ke syurga. tapi andai lain cerita yang Kau tulis untuk aku kelak . aku redha . 

belakang ku itulah huda :')
huda sahabatku.
huda yang memujuk hatiku yang sentiasa ragu.
huda yang menguatkan aku ketika aku layu .
Nurhuda Ibrahim. nama yang sungguh cantik . secantik peribadinya. secantik wajahnya. 
huda, sungguh demi Allah ina sayang huda. sungguh ina takut kehilangan huda. sungguh ina takut huda jemu dengan ina. maaf ina bukan kawan yang baik . huda, berada di sisi huda ina merasa tenang sayang . melihat senyuman huda, ina merasa kedamaian syg . Ya Rabb, diri ini tidak layak ke syurgaMu. Namun aku juga memiliki cita cita untuk masuk ke dalam syurgaMu. Ya Rabb, izinkan aku bertemu dengan huda di syurgaMu ya Rabb . izinkan :'(

"Ya Rabb, berikan kebahagiaan yang tidak terhingga pada nurhuda.
berikan ketenangan pada hatinya walaupun ujian hebat melanda nya Ya Rabb.
berikan dia kekuatan ketika air matanya ingin jatuh atas kepedihan dunia ini Ya Rabb.
Ya Allah. hidup dan matikanlah nuurhuda dalam redhaMu.
berikan rezeki yang luas kepadanya.
masukkan dia keSyurgaMu yang Allah bersama orang yang dia cinta. 
ya Allah :') 
Aamin Ya Rabbal Alamin."

ini pulak wan adila .
dila, ada sesuatu untuk dila . ina tahu dila takkn baca.sebab dila tk tahu pon blog ina ni . peace . hikss. takpe . luahan hati ina untuk dila ;")

dila, maafkan ina.
Allah kenalkan kita, jadikan kita sahabt mesti ada sebab ;)
ina bersyukur ada dila. kita yang cuba datang shah alam untuk berdikari. berani kan kita . ahahaha
ingat tak, mula mula kita tinggal dekt rumah sewa. ina tkde tilam bantal semua. dila yang baik hati ni sanggup kongsikan tilam selimut dila semua dengan ina. sebelum ina tido, ina tersenyum. bertuahnya ina Allah pilih untuk rasa bahagia ini.

mungkin kita tak kenal. ina sedikit kecewa bila Allah tunjukkan perangai sebenar dila . ina menangis. konon tk serasi dengan dila. Allahu ina ni. apa la .mana ada manusia yang sempurna. ina ni lagi la perangai mcm mintak kaki ahahaha. kalau baca sila tampar ina nnti ! ahahaha . Allah maha hebat. kekurangan dila sebenarnya proses untuk ina mula jatuh sayang dekt awak sayang. kelebihan dila buat ina jadi bersungguh nak jadi mcm dila :')
ingat tk pernah balik kerja tiba tiba ina dtg butik dila nak jemput dila balik . main dtg je tak bagitahu . demi Allah ina rindu sangat dekt dila time tu . ahakss . asal entah .
dila, kadang kadang ina sebak bila dila tahuu ina ada masalah . tahu tk ina da bersusah payah sorok .ahahah . ingat lagi dila cakap apa. "kalau ina ada masalah, bagitahu la dila. dila boleh pinjamkan bahu dila untuk ina"
eh lebih kurang camtu la kot ina rasa dila cakap . ahakss . ina nak nangis nak pelok dila time tu . tapi ina wat cool je . sengih macam kerang busuk . wahahahahha . 
dila , terima kasih sebab jadi kawan ina. banyak lagi nak cerita tapi biarlah ina je rasa bahagia tu . hihihih .poyo betull . 

Ya Allah . jadikan kami hambaMuu yang berkasih sayang keranaMu :')