Assalamualaikum .

lama dah tak update blog .
macam mana iman awak semua ? semoga makin mantap hendaknya :))

sebenarnya ada benda nak kongsi .
Allah telah memberi diri ini hadiah .hadiah yang paling berharga. ibubapa yang sentiasa ada dan sentiasa menyokong serta sahabat yang sentiasa membawaku mendekati Allah :)

Alhamdulillah . akhir bulan 6 . Allah perlahan lahan memberi suatu rasa yang susah nak ungkapkan dalam hati ini . sesuatu yang buat aku bahagia . perkara yang merubah hidupku.

hati ini yang gelap mula mencari cahaya . & aku mula berfikir . Allah mencipta aku mesti ada sebab . terus terang aku katakan aku bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kuat ilmu agamanya . &aku mula fikir  takkan sebb itu kehadiran aku tkde beza pon untuk keluarga aku . aku nekad . aku mesti berubah  . aku cintakan keluarga aku . sungguh . & kalau cinta takkan aku nak campakkan mereka ke neraka sebab aku . tidak . aku kena berubah  . aku nak bawak mereka,  orang yang aku cinta ke syurga Allah . itu janji aku untuk orang yang aku cinta.

Alhamdulillah . Allah kirimkan aku sahabat yang sentiasa mengingatkan aku . Nurulhidayah. terima kasih sayang . kau sahabat dunia akhiratku :)

bulan 7 . Ramadhan . Allahu betapa Ramadhan kali ni sangat bermakna dalam hidup aku .
bulan 9. aku mula sempurna tutup auratku . aku mula selesa menutup kakiku .
bulan 11 . aku mula tak selesa pakai tudung bidang 45 . ye betul tkpe kalau tudung biasa janji labuhkan dada . tapi cuba bayangkan angin tiup habis terbang semua . aku mula mencari tudung labuh . Allah . tenang berada dalam dakapan tudung labuh tersebut .
bulan 12 :)
saya berpurdah . *eh tiba tiba saya*
berpurdah tu sunnah je sayang . tak pakai takpe . tapi pakai inshaaAllah dapat pahala .
sebb aku pakai ?
:) dahulu wajah ini la aku lalai . dahulu wajah ini lah ku guna untuk terus bongkak berjalan di bumi Allah .
wajah ini aku tak dapat jaga dengan baik :'(

tapi aku tak wajibkan diri ini lagi memakai purdah  .cukuplah ku pakai apabila kaki ini melangkah keluar dari rumah . Alhamdulillah ibu ayah ku memberiku izin untuk pakai :) Alhamdulillah .

doakan diri ini istiamah . doa kalian sangat sangat ku harapkan :)

sebolehnya berubah biarlah kerana Allah . semoga ia kekal . semoga kita ikhlas lakukan .
& ikutlah segala perintah Allah . jauhi larangannya . hidup ni sekali je sayang . usah siakan . & jangan sesekali tinggalkkan solat .
saya undur diri dulu.


wassalam :)